Buat carian kamu

Tuesday, April 7, 2015

Ujian demi ujan

hari ni. Isnin, hari malas sedunia aku. Susah bangun pagi walaupun alarm jam 5.00 pagi, 5.30 pagi, 6.00 pagi dan 6.30 pagi. Banyaknya alarm aku....
Mau pula aku bangun jam 6 pagi (mekasih ye jam). Nasibla baik gak aku nak bangun sebab banyak kali dengar alarm. Kira tebal jugak kulit babi yang melekat kat badan aku angkara syaitan. Atau aku memang nipis iman... Hu hu hu...

Nak ganti kena ingat tapi baik tunaikan walau lewat. Kita tak tau apa akan jadi nanti.

Itu belum lagi layan kepanasan baran jiwa dan raga...

Huiiii rosak iman kalau layan bisiskan syaitan. Layan (dengar, mudah terhasut, teerpedaya)

Dan kita tak nampak syaitan tapi kita tetap mudah terpedaya dengan tipu helahnya..

Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

Friday, October 10, 2014

Aku dah lama tak berblogger

LAMA SANGAT TAK KE LAMAN BLOG INI...

K.

Namun setelah aku diberi taklimat cara membuat blog, aku harus teruskan tugas ni....

Tuesday, January 26, 2010

Give me a reason why humans kills when they want? Have they think about others in their mind? Or the consequences of their act? Or their know the law and justice are blind so they can do. But god always see what they have done.
follow up this link http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20100126192500/Article/

Lelaki Indonesia disembelih angkara dendam


PETALING JAYA: Mayat seorang warga Indonesia yang dalam keadaan ngeri dengan lehernya dikelar dan halkumnya terkeluar ditemui di tapak pembinaan kuarters guru berhampiran Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, di sini hari ini.

Mayat Mohd Said, 34, ditemui adiknya pagi ini setelah mangsa tidak pulang ke rumah sejak semalam dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketika polis tiba di tempat kejadian kira-kira 9.50 pagi, mayat itu dalam keadaan keadaan terbaring dan berlumuran darah terutama di bahagian leher.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, percaya mangsa dibunuh di tempat sama malam tadi dan ia bermotifkan dendam.


"Kita tidak menemui unsur pergelutan di tempat kejadian. Tidak ada unsur samun kerana dokumen mangsa tidak hilang," katanya.

Polis juga tidak menemui senjata yang digunakan di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama